Malaysia
Trending

Presiden MIC menyeru barisan pemimpin baharu, bekerja sepasukan demi pembangunan komuniti India

Kuala Lumpur, Oct 11 – Presiden parti MIC Tan Sri S A Vigneswaran meminta semua barisan pemimpin supaya bekerja sebagai satu pasukan selepas mengumumkan beberapa pelantikan penting bagi penggal 2024-2027, termasuk pelantikan jawatan naib presiden yang baharu Tan Sri M. Ramasamy dan Bendahari Datuk N Sivakumar.

Vigneswaran menggesa supaya semua pemimpin yang terpilih di pemilihan parti dan yang dilantik, untuk bekerjasama dan menyokong parti yang unggul itu ke peringkat yang seterusnya.

Katanya, dalam pilihan raya umum yang bakal datang itu, MIC seharusnya memperoleh kemenangan yang ketara.

Beliau turut berharap, supaya usaha pembinaan ibu pejabat MIC yang baharu dapat dilaksanakan sempurna dengan sokongan kuat semua lapisan pemimpin di partinya itu.

Mengulas, Vigneswaran tegas berkata,pihaknya mempunyai tanggungjawab yang besar, berkhidmat untuk komuniti dan turut menggesa kesemua ahli parti memberi kerjasama dengan menyokong keputusan yang diambil pucuk pimpinan demi kebaikan semua.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker