Malaysia
Proton bakal lancar EV hatchback hujung tahun 2025, e.Mas 5

Proton Holdings Bhd (PROTON) bakal melancarkan model kereta elektrik (EV) keduanya, e.Mas 5 pada suku keempat tahun ini.
e.MAS 5 dijangka tersedia dengan dua pilihan motor elektrik, masing-masing berkuasa 79 PS (58 kW) dan 116 PS (85 kW).
Kedua-dua varian menggunakan sistem pacuan roda hadapan dan mampu mencapai kelajuan maksimum sekitar 135 kilometer sejam (km/j).
Selain itu, e.MAS 5 dilengkapi dengan dua pilihan bateri lithium 30.12 kWh yang menawarkan jarak pemanduan sekitar 310 kilometer (km) dan 40.16 kWh yang mampu mencapai hingga 410 km mengikut standard CLTC.
Ia juga disasarkan untuk dijual pada harga lebih murah berbanding e.Mas 7 melihat kepada saiznya yang lebih kecil dan berada dalam segmen hatchback.