Malaysia

PROTON lancar X50 baharu dengan enjin lebih berkuasa, rekaan dipertingkat

PROTON memperkenalkan X50 terbaharu sebagai mengukuhkan kedudukannya dalam segmen SUV-B yang telah mencatat lebih 134,000 unit terjual sejak 2020.

Dikuasakan dengan enjin 1.5 liter turbo 4-silinder, X50 baharu ini menjana 181hp dan 290Nm tork hasil gabungan enjin i-GT 1.5 TD dengan transmisi dual-clutch 7-kelajuan (DCT).

Ia mampu memecut dari 0 ke 100 km/j dalam hanya 7.6 saat, lebih pantas 0.3 saat berbanding model sebelumnya.

SUV ini juga hadir dengan penarafan keselamatan ASEAN NCAP 5 bintang, memastikan tahap perlindungan dan ketenangan fikiran terbaik untuk pemandu.

Dari segi penampilan, X50 terbaharu tampil lebih sporty dengan gril dan bampar depan baharu, spoiler belakang, empat saluran ekzos, rim aloi baharu serta pilihan warna dwi-tona.

Ruang dalamannya pula diberi nafas premium melalui penggunaan bahan sentuhan lembut, konsol lantai terapung, lampu suasana 72 warna serta ‘column shifter’ ala kereta mewah.

Model ini sekali lagi membuktikan komitmen PROTON dalam menawarkan produk yang lebih mantap dari segi prestasi, keselamatan dan reka bentuk.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker