Malaysia

Pulau Pinang beli 15 Toyota Camry baru bernilai RM3.31 juta

Kerajaan Negeri Pulau Pinang memperoleh 15 unit Toyota Camry 2.5V (CBU) bernilai keseluruhan RM3.31 juta bagi menggantikan kenderaan rasmi yang dibeli pada tahun 2020. Setiap unit dianggarkan berharga RM220,789 termasuk cukai dan duti eksais.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow memaklumkan kenderaan tersebut diperoleh pada 4 Mac untuk kegunaan rasmi 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, tiga ahli ex-officio (Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri), serta Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri.

Pembelian ini dibangkitkan dalam sidang DUN oleh beberapa wakil rakyat yang mempersoalkan keperluan perolehan tersebut ketika negeri berdepan cabaran kewangan, termasuk menerima pendahuluan RM100 juta daripada kerajaan Persekutuan untuk pengurusan aliran tunai.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker