Malaysia

Pulau Pinang capai 100% sekolah guna ‘smartboard’, negeri lain bakal menyusul

Seiring dengan perkembangan teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI), semua sekolah di seluruh negara akan memanfaatkan penggunaan peranti ‘smartboard’ menjelang 2027.

Menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, usaha mempertingkatkan penggunaan alat peranti interaktif itu adalah penting dalam menyokong Kurikulum Persekolahan Baharu untuk membantu dalam sesi pengajaran di bilik darjah.

Ujar beliau lagi, bagi sekolah yang belum mempunyai kemudahan ‘smartboard’, peranti itu boleh digunakan di pusat-pusat kegiatan guru di seluruh negara yang telah dinaik taraf menjadi hab AI dan digital.

Beliau pada Jumaat mengisytiharkan Pulau Pinang menjadi negeri pertama mencapai 100 peratus sekolah atau bersamaan 396 buah sekolah dilengkapi papan pintar.

Rekod itu berjaya dicapai hasil tajaan rakan-rakan korporat termasuk Public Bank Berhad.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker