Malaysia

Pulau Pinang komited perbaharui kawasan kediaman uzur

​Kerajaan Pulau Pinang menyambut baik inisiatif kerajaan Persekutuan memperkenalkan Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB), yang dijangka dibentangkan pada sesi Parlimen Julai ini.

Exco Perumahan dan Alam Sekitar, Datuk Seri S Sundarajoo, menyatakan bahawa Akta PSB akan menjadi pemangkin dalam usaha memperbaharui kawasan kediaman lama yang berusia lebih 40 tahun dan mengalami kemerosotan struktur. ​

Pulau Pinang telah meluluskan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 20 September 2022.

Sehingga suku pertama tahun ini, enam projek perintis PSB telah dikenal pasti di Pulau Pinang, melibatkan 6,837 unit kediaman sedia ada.

Projek PSB Mahsuri menjadi yang pertama menamatkan skim strata sedia ada, dengan kerja pembinaan Fasa 1 sedang giat dilaksanakan.​

Projek ini menyediakan rumah baharu seluas 850 hingga 900 kaki persegi kepada 300 isi rumah, berbanding unit asal seluas 247 hingga 547 kaki persegi.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker