Malaysia

Pulau Pinang larang peniaga luar anjur karnival dan jualan bertemakan Deepavali

Kerajaan Negeri Pulau Pinang menetapkan bahawa hanya peniaga tempatan dibenarkan menganjurkan karnival dan jualan bertemakan Deepavali, khususnya yang melibatkan barangan seperti pakaian, aksesori dan pelbagai keperluan lain.

Dasar ini telah dilaksanakan sejak lebih lima tahun lalu selepas permintaan daripada Dewan Perniagaan India Pulau Pinang (PICC) agar keutamaan diberikan kepada peniaga India tempatan yang menjalankan perniagaan sepanjang tahun dan menanggung kos operasi tetap.

Musim Deepavali dianggap tempoh penting bagi mereka meningkatkan jualan demi menampung kos sepanjang tahun.

Peniaga dari luar Pulau Pinang hanya dibenarkan menganjurkan karnival atau jualan India di luar musim puncak iaitu antara Februari hingga Mei sahaja.

Langkah penguatkuasaan oleh Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) terhadap satu karnival India di Bukit Mertajam baru-baru ini adalah selaras dengan garis panduan sedia ada.

MBSP menjelaskan bahawa polisi ini bukan bersifat perkauman, sebaliknya bertujuan melindungi kepentingan peniaga tempatan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker