Puluhan juta lebah terlepas dari treler

Kira-kira 250 juta lebah madu terlepas selepas sebuah treler yang membawa lebih 31,800kg sarang lebah terbalik di daerah Whatcom, Washington, berhampiran sempadan Kanada.
Kemalangan berlaku sekitar jam 4 pagi berhampiran bandar Lynden. Akibatnya, kotak-kotak sarang lebah tercampak dari treler, menyebabkan lebah-lebah itu bebas dan berterbangan di kawasan sekitar.
Pihak Pejabat Sheriff Whatcom County segera mengeluarkan amaran kepada orang ramai untuk mengelakkan kawasan kejadian. Jalan-jalan berhampiran ditutup sementara pasukan pakar lebah dan pekerja awam menjalankan kerja pemulihan.
Lebih dua dozen penternak lebah tempatan hadir membantu, dengan harapan lebah-lebah itu akan kembali ke sarang dan menemui ratu mereka dalam tempoh satu hingga dua hari.
Setakat ini, pihak berkuasa tidak memaklumkan punca kemalangan atau keadaan pemandu treler.