Malaysia

Puluhan penerbangan ke Bali dibatalkan susulan letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki

Letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki di timur Indonesia memaksa puluhan penerbangan ke dan dari Bali dibatalkan selepas gunung berapi itu memuntahkan abu setinggi lebih 10 kilometer ke udara.

Antara syarikat penerbangan terjejas termasuk Jetstar Asia, Virgin Australia, Singapore Airlines, TigerAir, Air India, Air New Zealand dan Juneyao Airlines, selain beberapa penerbangan domestik AirAsia ke Labuan Bajo.

Pihak berkuasa menaikkan status amaran ke tahap tertinggi, dengan abu gunung menyelubungi kawasan sekitar dan menyebabkan sekurang-kurangnya satu kampung dipindahkan.

Walaupun Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai masih beroperasi, pembatalan penerbangan bergantung kepada laluan dan keputusan syarikat penerbangan.

Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Letusan ini mengimbas kembali insiden pada November 2024 yang meragut sembilan nyawa.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker