Punca rusuhan Indonesia bukan polis, tapi rakyat sendiri – Prabowo

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menegaskan tindakan tegas akan diambil terhadap anggota polis yang didapati bersalah melanggar prosedur ketika mengawal demonstrasi ganas baru-baru ini.
Namun, beliau menekankan punca sebenar insiden itu adalah perusuh yang mencetuskan kekacauan hingga mengorbankan orang awam tidak berdosa.
Prabowo berkata meskipun ada anggota bertindak khilaf di bawah tekanan, rusuhan yang berlaku tetap menjadi faktor utama tercetusnya tragedi.
Beliau turut mengingatkan bahawa puluhan anggota keselamatan turut cedera dan terkorban ketika bertugas siang malam menjaga ketenteraman negara.
Kenyataan itu dibuat selepas insiden kematian seorang penunggang motosikal gig, Affan Kurniawan, 21, yang dilanggar kenderaan taktikal polis semasa rusuhan di Jakarta, sekali gus mencetuskan gelombang protes besar-besaran di lebih 15 wilayah.