Malaysia

Pura-pura tak tahu atau malu pakai tali pinggang keledar naik bas kerana nampak lemah?

Sebanyak 1,427 saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ke atas penumpang dan pemandu bas yang gagal mematuhi peraturan pemakaian tali pinggang keledar setakat 22 Julai lalu.

Daripada jumlah itu, 1,123 saman dikeluarkan kepada penumpang manakala 280 lagi melibatkan pemandu.

Antara alasan paling kerap diberikan ialah mereka tidak tahu pemakaian tali pinggang keledar adalah wajib, walaupun kebanyakan pengendali bas telah membuat pengumuman atau menampal notis peringatan mengenai peraturan itu.

JPJ menegaskan bahawa alasan sedemikian tidak boleh diterima kerana semua penumpang termasuk pelancong tertakluk kepada peraturan sedia ada.

Pihaknya turut memaklumkan kadar pematuhan kini menunjukkan peningkatan hasil kerjasama pengusaha bas yang lebih proaktif dalam memberi peringatan kepada penumpang.

JPJ juga akan meneruskan operasi termasuk kaedah penyamaran bagi memastikan semua pihak benar-benar mematuhi peraturan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker