Malaysia

Pusat Penyembelihan Ayam di Kuala Kubu Bharu Diarah Tutup 14 Hari

Sebuah pusat penyembelihan ayam di Kampung Sungai Damar, Kuala Kubu Bharu, diarah tutup selama 14 hari bermula semalam selepas gagal mematuhi piawaian kebersihan dan peraturan operasi.

Menurut Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS), pemeriksaan mendapati kawasan penyembelihan tidak bersih, efluen kumbahan mengalir ke anak sungai, dan premis beroperasi tanpa lesen sah. Bekalan ayam dari premis itu dihantar ke pasar awam Kuala Kubu Bharu.

Pemilik premis diarahkan memohon lesen perniagaan sah serta mendapatkan kebenaran Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) untuk memastikan buangan efluen memenuhi piawaian.

Notis penutupan dikeluarkan di bawah Seksyen 62(1) UUK Establisymen Makanan MPHS 2007 sehingga 26 Disember, dan operasi hanya boleh disambung selepas mendapat kelulusan MPHS.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker