Pusat Rukun Tetangga Segambut Diroboh:Jurulatih Karate kecewa,gesa Hannah berbincang, atlet disitu sumbang 86 pingat
Kuala Lumpur, Ogos 9 – Jurulatih Persatuan Hayashi Ha Karate, Thennavan Ponniyah, menggesa Menteri Belia dan Sukan, yang juga merupakan Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh untuk membincang dengan komuniti persatuan terdahulu, sebelum bertindak merobohkan bangunan Pusat Rukun Tetangga yang diguna pakai sebagai pusat latihan karate untuk lebih 30 tahun di kawasan Segambut.
Bekas atlet Karate negara itu mempersoalkan, tanpa kebenaran yang sah, persatuan itu tidak boleh menggunakan tempat tersebut untuk lebih 30 tahun, katanya susulan dakwaan Hannah yang menyatakan persatuan itu mengunakan tempat itu secara haram menerusi satu perkongsian di media sosial rasmi beliau.
Thennavan turut berkata, sejumlah 86 pingat, telah disumbang kepada tanah air menerusi sukan dunia, Asean, sukan Sea dan banyak lagi oleh atlet-atlet Karate yang melakukan latihan mereka di Pusat berkenaan.
Beliau kecewa dengan tindakan pihak berkuasa bertindak merobohkan kawasan berkenaan, walaupun hampir setahun pihaknya telah berusaha untuk berjumpa dengan Hannah Yeoh, bagi membincangkan isu pertempatan itu yang didakwa diguna pakai secara haram.
Semantara itu, Jurulatih wanita Sri Rajarajeswari, berusia 47 tahun, juga penerima pingkat emas sukan Sea pada tahun 2001 berkata, beliau amat risau dengan emosi atlet-atlet yang bakal akan bertanding di Sukan Malaysia (Sukma) berlangsung di Sarawak dari 17 hingga 24 Ogos ini.
Rajeswari turut menjelaskan bahawa, pusat itu mempunyai nilai sentimental yang tinggi kerana beliau juga menggunakan tempat itu untuk berlatih bagi bertanding di sukan-sukan yang besar di persada dunia ketika beliau dalam usia 20-an.
Susulan itu, pihak persatuan menggesa Hannah Yeoh untuk berbincang terdahulu bagi menyelesaikan dakwaan pusat latihan karate yang diguna pakai lebih 30 tahun, sebagai haram.