Malaysia

R Jayaram nafi mabuk atau dipukul, dakwa muka lebam akibat terjatuh

Bekas penyampai radio Raaga, pengacara TV dan hos terkenal, R Jayaram tampil menafikan dakwaan yang mendakwa beliau mabuk atau telah dipukul sehingga menyebabkan mukanya lebam, seperti tular di media sosial baru-baru ini.

Menurut beliau, khabar angin tersebut sama sekali tidak benar kerana insiden sebenar berlaku ketika membuat persiapan untuk satu acara, di mana beliau tiba-tiba rebah akibat demam panas yang sangat tinggi serta keletihan melampau.

Menerusi rakaman video yang dikongsi, mukanya terhentak ke lantai sehingga menyebabkan kecederaan yang jelas kelihatan di bahagian mata dan dahinya.

Beliau segera dibantu rakan-rakan sebelum dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Beliau dimaklumkan telah dibenarkan keluar hospital pada Ahad dan kini sedang berehat bagi proses pemulihan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker