Malaysia

Rafizi cabar Sanusi buat laporan SPRM, dakwa pihak PKR,DAP terima suapan untuk projek

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mencabar Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor membuat laporan berkenaan dakwaan berlaku rasuah membabitkan anggota PKR dan DAP, yang menjejaskan rancangan pembangunan negeri itu.

Menurut Rafizi, sekiranya dakwaan dibuat Sanusi itu benar, maka pihaknya perlu membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Jika benar ada orang daripada PKR dan DAP yang ‘pau’ (meminta rasuah) untuk projek yang menjejaskan projek pembangunan negeri, maka panggil sidang media dan namakan mereka, ujarnya.

Beliau juga tegas berkata, jangan gunakan Pilihan Raya Kecil Sungai Bakap untuk menyemai benih dendam dan memperbodohkan orang Melayu hanya kerana sesetengah pihak tidak tahu membuat kerja.

Rafizi berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran jentera pilihan raya Kerajaan Perpaduan menjelang PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, semalam.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker