Malaysia

Rafizi: Jika kalah pemilihan PKR, saya letak jawatan menteri, mahu bebas bersuara

Kuala Lumpur, 11 Mei – Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata beliau akan meletak jawatan sebagai menteri sekiranya tewas dalam pemilihan Timbalan Presiden PKR hujung bulan ini.

Katanya, kekalahan itu akan membebaskannya daripada tanggungjawab kolektif kabinet dan membolehkannya bersuara secara bebas sebagai Ahli Parlimen.

Beliau merujuk contoh seperti pelanjutan kontrak Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki, yang beliau tidak setuju, namun tidak boleh bersuara kerana terikat dengan keputusan Perdana Menteri.

“Jika saya bukan menteri, saya lebih bebas. Tiada siapa boleh tutup mulut saya atau ikat tangan saya,” katanya dalam podcast Yang Bakar Menteri.

Rafizi turut menambah bahawa walaupun Ketua Pemuda UMNO Dr Akmal Saleh sering membuat kenyataan kontroversi, beliau tidak dapat memberi reaksi kerana akan menimbulkan imej perpecahan dalam kerajaan.

Dalam pemilihan PKR akan datang, Rafizi bakal dicabar oleh Nurul Izzah Anwar untuk jawatan nombor dua parti itu. Pertembungan dua tokoh besar ini dijangka sengit.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker