Malaysia

Rafizi terima surat tuntutan tarik balik tuduhan daripada Farhash

Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli menerima surat tuntutan ‘cease and desist’ daripada bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Wira Farhash Wafa Salvador berhubung kenyataan yang didakwa mengaitkan individu itu dengan serangan terhadap anaknya baru-baru ini.

Surat bertarikh 22 Ogos itu menuntut Rafizi menarik balik tuduhan, memadam video di laman Facebook rasminya serta membuat permohonan maaf terbuka dalam tempoh 48 jam.

Firma guaman Tetuan Ahmad Deniel, Ruben & Co yang mewakili Farhash menyifatkan kenyataan tersebut sebagai palsu, berunsur jahat dan menjejaskan reputasi anak guam mereka ketika siasatan polis masih dijalankan.

Rafizi dalam kenyataan balas memaklumkan beliau sudah melantik peguam Razlan Hadri Zulkifli dari Tetuan Gan, Ho & Razlan Hadri untuk menguruskan kes tersebut.

Beliau menegaskan kenyataannya adalah berdasarkan fakta dan bersedia mempertahankannya di mahkamah.

Menurut Rafizi, sekiranya saman difailkan, ia akan menjadi kes berkepentingan awam dan membuka ruang kepada pasukan guamannya mengemukakan pelbagai persoalan yang sering dibangkitkan orang ramai.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker