Malaysia

Rakyat Bukan Sengaja Duduk dalam Kesesakan. Caj Kesesakan Tidak Selesaikan Masalah Trafik – Senator MIC

KUALA LUMPUR: Cadangan mengenakan caj kesesakan di bandar utama tidak akan menyelesaikan masalah trafik, sebaliknya membebankan rakyat, kata Senator MIC, C Sivaraj.

“Kerajaan perlu faham bahawa rakyat bukan sengaja duduk dalam kesesakan. Mereka tiada pilihan kerana tiada alternatif yang boleh diharap,” katanya dalam kenyataan.

Beliau mengkritik cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa, yang menyatakan caj ini boleh mengurangkan kesesakan sehingga 20% dan mengelakkan kerugian besar.

Menurut Sivaraj, sistem pengangkutan awam di Kuala Lumpur masih tidak cukup cekap, dan caj kesesakan hanya akan menghukum pekerja yang perlu keluar mencari rezeki.

Beliau juga menegaskan perbandingan dengan London dan Singapura tidak relevan kerana kedua-dua bandar itu sudah mempunyai sistem pengangkutan awam bertaraf dunia sebelum caj kesesakan diperkenalkan.

Selain itu, caj ini akan memberi kesan domino, meningkatkan kos e-hailing, penghantaran makanan, serta logistik yang akhirnya membebankan pengguna.

Sebagai alternatif, beliau mencadangkan kerajaan mempertimbangkan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) bagi menjana pendapatan tanpa membebankan rakyat secara langsung.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker