Dunia

Rakyat Jepun marah; Kerajaan tangguh insentif wanita bandar kahwin lelaki luar bandar

Kuala Lumpur, Sept 12 – Rancangan Kerajaan Jepun untuk menawarkan RM18,000, kepada wanita bandar sebagai insentif untuk berkahwin dengan lelaki luar bandar ditangguhkan selepas mendapat bantahan rakyatnya.

Inisiatif itu bertujuan untuk meningkatkan ekonomi luar bandar, dan menurut laporan media antarabangsa, wanita bujang tinggal atau bekerja di 23 majlis perbandaran Tokyo, layak menerima subsidi itu.

Walau bagaimanapun, inisiatif itu ditangguhkan selepas mencetus kemarahan rakyat Jepun.

Tinjauan di media sosial dapati, rata-rata netizen komen berkata
wanita- wanita inilah yang meninggalkan kawasan luar bandar untuk menjalani kehidupan yang lebih baik ke bandar, tetapi dengan rancangan kerajaan mereka perlu kembali.

Ada juga komen, “Ini penyalahgunaan wang pembayar cukai dan masa depan seorang wanita tidak boleh diukur dari segi kewangan.”

Susulan itu, pada 30 Ogos lalu Jepun mengumumkan ia akan menangguhkan insentif tersebut.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker