Malaysia
Rakyat Kelantan mempunyai tahap kesedaran amalan rokok rendah, walaupun Akta 852 dikuat kuasa
Kuala Lumpur, Oct 21 – Rakyat di Kelantan masih mempunyai tahap kesedaran amalan merokok yang rendah, walaupun Akta 852 telah berkuat kuasa pada 1 Okt lepas.
Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Husin berkata, berdasarkan pemerhatian dan penguatkuasaan, pihaknya mendapati masih ada segelintir rakyat merokok di kawasan larangan termasuk premis makanan.
Katanya, setakat ini, pihaknya telah mengeluarkan lebih 1,400 advokasi dan 12 notis terhadap individu yang merokok di tempat awam.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Operasi Mega Penguatkuasaan Akta 852 di Kota Bharu, Kelantan.