Malaysia
Rakyat Malaysia antara korban tragedi kapal karam di Selat Bali

Seorang rakyat Malaysia disahkan antara korban tragedi kapal karam KMP Tunu Pratama Jaya di perairan Selat Bali, Indonesia.
Mangsa dikenali sebagai Fauzey Awang, 58, disahkan identitinya oleh pasukan DVI Polis Jawa Timur melalui data perubatan serta penemuan dompet dan kad pengenalan milik mangsa.
Setakat ini, 15 mangsa telah disahkan meninggal dunia, sementara 20 lagi masih hilang dan operasi pencarian terus giat dijalankan.
Kapal yang membawa 53 penumpang, 12 anak kapal serta 22 kenderaan itu karam pada 2 Julai lalu, dengan hanya 30 orang berjaya diselamatkan setakat ini.