Malaysia

Rakyat Malaysia tidak perlu visa untuk ke China bermula esok

Bermula esok 17 Julai, rakyat Malaysia akan menikmati kemasukan tanpa visa ke China bagi lawatan jangka pendek sehingga 90 hari dalam tempoh 180 hari.

Pemegang pasport Malaysia dan China boleh memasuki, keluar atau transit di negara masing-masing tanpa visa dan tinggal sehingga 30 hari bagi setiap lawatan.

Kemudahan bebas visa itu merangkumi tujuan seperti pelancongan, lawatan keluarga, urusan perniagaan, pertukaran budaya, urusan peribadi, rawatan perubatan dan perjalanan sebagai anak kapal.

Perjanjian melanjutkan pengecualian visa antara China dan Malaysia itu dipersetujui ketika lawatan negara Presiden China Xi Jinping di Kuala Lumpur, April lalu

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker