Uncategorized

Rakyat muak dengan parti PN, BN, tiba masa PSM bukti kebolehan – Bawani KS

Sudah tiba masanya rakyat membuat keputusan dengan mengundi pilihan kuasa ketiga atau parti yang belum pernah memerintah kerajaan Persekutuan jika inginkan perubahan.

Menurut calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Ayer Kuning, Bawani KS, pentadbiran kerajaan terdahulu dan hari ini sudah membuktikan kegagalan yang nyata dalam memberikan khidmat yang baik kepada rakyat.

Untuk itu katanya, parti PSM menjadi pilihan terbaik sekiranya rakyat ingin memberi peluang dengan melihat sendiri kebolehan parti yang tidak pernah diberi peluang kerana dengan adanya kemenangan pada PRK kali ini, rakyat sudah pasti dapat menilai.

“Rakyat memerlukan alternatif. Rakyat inginkan suara baru, kita nampak BN, PN buat benda sama, rakyat dah bengang, tertekan dengan sistem politik hari ini.

“Mereka kini mencari alternatif, jadi parti PSM, parti Muda adalah alternatif. Rakyat perlu beri peluang kepada pilihan kuasa ketiga ini supaya ini PRK hanya untuk tempoh 2 tahun perkhidmatannya, ia tidak akan menukar kerajaan pusat dan negeri.

“Tetapi ini akan beri satu peluang kepada rakyat dapat menilai kerajaan ini. Dengan undi PSM, mereka dapat menilai bagaimana kuasa ketiga boleh bekerja,” ujarnya ketika ditemui Berita Telus pada Khamis.

Tambahnya, PSM juga tidak pernah melihat perbezaan kaum sebagai pecahan kepada segmen pengundi kerana kesemua bangsa tidak memiliki sebarang perbezaan, sebaliknya isu kos sara hidup yang perlu ditekankan kerana itu yang dihadapi majoriti rakyat di kawasan itu.

PRK Ayer Kuning menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mohamad Yusri, calon Perikatan Nasional (PN) Abd Muhaimin Malek dan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) Bawani KS.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker