Malaysia

“Ramai mula setuju dengan saya” – Siti Kasim

Peguam dan aktivis hak asasi manusia, Siti Kasim kini semakin aktif menyuarakan pandangannya mengenai pelbagai isu semasa menerusi platform media sosial seperti YouTube.

Video-videonya yang kebanyakan menerima puluhan ribu tontonan turut mendapat sokongan ramai dan menandakan bahawa rakyat Malaysia mula cakna dan mempunyai sifat ingin tahu mengenai hal-hal isu semasa.

Kata Siti Kasim, kritikannya bagi setiap isu semasa yang berlaku turut membuka mata sesetengah pihak mengenai perkara yang netizen tidak ambil maklum sebelum ini.

“Sejak saya buat video saya sendiri bercakap tentang isu, dan ramai yang melayulah kalau yang bukan melayu mereka faham apa saya cakap, tidak perlu yakinkan merekalah.

“Saya banyak memerhati komen orang Melayu, ramai yang meluahkan bahawa mereka bersetuju dengan Siti Kasim,” jelasnya.

Bagaimanapun, beliau turut mengakui bahawa komen-komen yang menyakitkan hati masih wujud, khususnya daripada kumpulan yang dikenali sebagai ‘cyber troopers’.

“Saya rasa di media sosial kebanyakkanya menyakitkan hati adalah cyber troopers, tapi ada juga yang asli orang Melayu rasa macam diperlekehkan, tapi mereka tidak dapat informasi penuh, itu saya selalu salahkan orang politik kerana tidak memberi informasi yang penuh,” tambahnya.

Tambahnya lagi, pihak kerajaan seharusnya menghapuskan naratif yang seolah-olah setiap informasi telus itu tidak dihebahkan kepada umum kerana itu yang menjadi cabaran dalam menyebarkan maklumat di media sosial.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker