Ramai risaukan Meta perkenal chatbot AI berupaya bersosial secara seksual

Meta dilaporkan sedang membangunkan chatbot AI baharu dikenali sebagai Digital Companions untuk semua platformnya iaitu Facebook, Instagram dan WhatsApp.
Menurut laporan Wall Street Journal (WSJ), platform itu membenarkan pengguna untuk berbual secara seksual dengan pengguna, termasuk golongan bawah umur.
Ketua Eksekutif Meta, Mark Zuckerberg percaya chatbot ini adalah masa depan media sosial namun beberapa pekerja Meta sendiri membangkitkan kebimbangan etika terhadap kandungan seksual yang boleh diakses tanpa sebarang sekatan umur.
Chatbot ini bukan sahaja membolehkan interaksi seperti sembang teks dan panggilan suara, malah dilaporkan menyokong “fantasi seks” dan lakonan romantik (romantic role-play).
Lebih membimbangkan, beberapa chatbot menggunakan suara selebriti terkenal seperti John Cena, Judi Dench dan Kristen Bell walaupun Meta mendakwa suara mereka tidak akan digunakan untuk kandungan lucah.
Kemajuan teknologi ini sekaligus mencetuskan persoalan besar mengenai keselamatan pengguna muda dan had etika teknologi AI.