Malaysia

Ramanan selar dakwaan Rafizi, tegas sokongan pengundi India terhadap PKR masih kukuh

Calon Naib Presiden PKR, Datuk Seri R Ramanan membidas kenyataan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli yang mendakwa sokongan pengundi India terhadap Pakatan Harapan (PH) semakin merosot.

Menurut Ramanan, dakwaan itu tidak selari dengan realiti di lapangan dan bertentangan dengan respon positif yang diterima daripada masyarakat India terhadap usaha kerajaan MADANI selama ini.

Beliau tidak faham daripada mana datangnya dakwaan kononnya sokongan masyarakat India merosot kerana jika dilihat, kerajaan telah laksanakan pelbagai program besar khusus untuk komuniti ini iaitu jumlah yang diperuntukkan juga adalah yang tertinggi dalam sejarah negara,

Ramanan menjelaskan bahawa hampir RM400 juta telah diperuntukkan untuk pelbagai inisiatif membabitkan komuniti India di bawah Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA), berbanding hanya RM100 juta sebelum ini.

Jelas Ramanan yang juga Timbalan Ketua Penerangan 1 PKR, RM100 juta turut diumumkan untuk program BRIEF-i dan banyak lagi inisiatif lain dan Ramanan musykil bagaimana data mengatakan sebaliknya.

Terdahulu, Rafizi mendedahkan sokongan pengundi Cina dan India jatuh daripada sekitar 56 dan 50 peratus pada Ogos 2024 kepada hanya 31 peratus pada April lalu.

Jika trend ini berterusan dalam PRU, Rafizi berkata semua kawasan campuran yang ditandingi PKR akan menjadi kawasan majoriti Melayu dan dengan kadar sokongan Melayu yang rendah, ia akan membawa padah kepada parti itu.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker