Uncategorized

Rangka manusia berpakaian lengkap ditemukan di Kuala Ketil

Seorang penoreh getah menemukan rangka manusia lengkap berpakaian dalam keadaan terlentang di Kampung Padang Besar, Kuala Ketil, Baling pada Selasa.

Penemuan kira-kira jam 11 pagi itu turut menemui sebuah motosikal SYM berwarna biru kira-kira 25 meter dari lokasi rangka.

Pemeriksaan polis mendapati kedua-dua kaki rangka tersebut berada di atas tong plastik putih dengan sebilah pisau ditemui di sebelahnya.

Siasatan lanjut mendapati mangsa dilaporkan hilang sejak 24 Ogos lalu oleh isterinya. Pengecaman mayat dibuat oleh isteri dan anak tiri berdasarkan pakaian serta motosikal miliknya.

Mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat. Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara siasatan diteruskan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker