
KOTA KINABALU, 17 Ogos – Himpunan solidariti memperingati Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir terus dianjurkan di seluruh Sabah.
Di Lintasan Deasoka semalam, kira-kira 500 orang hadir walaupun hujan berterusan
Mereka membawa plakad menuntut sekolah lebih selamat.
Penganjur, Jaya Kumar, 47, dari Pertubuhan Pesara Kakitangan Awam India, berkata himpunan itu bertujuan menuntut keadilan buat Zara dan menekankan peningkatan kes buli di sekolah.
“Kes ini bukan soal kaum atau agama, tetapi nyawa seorang anak. Jika rakyat tidak bersuara, mungkin kes ini sudah ditutup. Kita tidak mahu ada ‘Zara kedua’ di Malaysia,” katanya.