Dunia

Ratusan penduduk bantu cari 20kg barang kemas hanyut akibat banjir

Kejadian banjir kilat di daerah Wuxi, Shaanxi, China mencetuskan kekecohan apabila hampir 20 kilogram barang kemas dari sebuah kedai dihanyutkan arus deras.

Insiden itu menarik perhatian ratusan orang yang berpusu-pusu ke lokasi kejadian untuk mencari barang kemas yang dipercayai masih tertimbus dalam lumpur.

Pemilik kedai mendakwa pelbagai barangan bernilai lebih RM5.9 juta termasuk cincin, gelang dan rantai leher hilang, bersama sebuah peti besi berisi wang tunai dan stok simpanan.

Usaha mencari oleh ahli keluarga dan kakitangan mengambil masa dua hari, namun hanya sebahagian kecil barang kemas berjaya ditemui semula.

Ketiadaan rakaman CCTV akibat gangguan elektrik menyukarkan siasatan, sementara sebahagian penduduk tempatan bertindak jujur memulangkan semula barang yang dijumpai.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker