Dunia
Rekod 320 Guru di Jepun Dihukum Atas Kesalahan Seksual dan Keganasan pada 2023
Sebanyak 320 guru dan kakitangan sekolah di Jepun dihukum atau diberi amaran atas kesalahan seksual dan keganasan pada tahun 2023, menurut laporan Kementerian Pendidikan yang dikeluarkan baru-baru ini.
Ini adalah kali pertama jumlah tahunan melebihi 300, berdasarkan tinjauan di sekolah awam, lapor agensi berita Jiji Press.
Daripada jumlah tersebut, 195 individu dipecat, 69 digantung tugas, dan 17 dikenakan potongan gaji. Kebanyakan pelaku adalah mereka berusia 20-an diikuti usia 30-an, 50-an dan 40-an.
Keseluruhan kakitangan sekolah yang dihukum meningkat kepada 4,829, naik 257 kes berbanding tahun sebelumnya.