Remaja 17 tahun direman 7 hari, bantu siasat kes kanak-kanak orang asli di Sungai Siput

Kuala Lumpur, ogos 19 – Seorang remaja lelaki direman tujuh hari bagi membantu siasatan berkaitan kes bunuh kanak-kanak Orang Asli, Nuraina Humaira Rosli, 10, di Kampung Bersah, Pos Kuala Mu, Sungai Siput.
Suspek berusia 17 tahub, yang juga saudara terdekat mangsa tiba di Mahkamah Majistret Sungai Siput, dengan berpakaian baju-T biru gelap dan seluar sukan gelap sebelum dibawa keluar 15 minit kemudian.
Terdahulu media laporkan, mayat murid itu ditemui di kawasan berpaya di perkampungan Orang Asli Kampung Bersah kira-kira jam 4.20 petang, hasil operasi mencari yang digerakkan selepas mangsa dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak Jumaat.
Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintenden Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin, berkata hasil bedah siasat mendapati kesan koyakan pada kemaluan mangsa.
Berdasarkan siasatan awal dijalankan, ada kemungkinan kanak-kanak tersebut mempunyai masalah pendengaran, telah dirogol dan dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya diletakkan di kawasan mangsa ditemui.