Dunia

Remaja bawah 16 tahun di New Zealand diusul larang guna media sosial 

Perdana Menteri New Zealand pada Selasa mencadangkan larangan remaja berusia bawah umur 16 tahun daripada media sosial, sambil menekankan kepentingannya untuk melindungi mereka daripada bahaya platform teknologi besar.

Pengawal selia di seluruh dunia sedang menangani cara untuk memastikan kanak-kanak selamat online, kerana media sosial semakin dibanjiri dengan kandungan yang ganas dan membimbangkan.

Perdana Menteri Christopher Luxon mendedahkan draf undang-undang yang akan memaksa syarikat media sosial untuk mengesahkan pengguna berusia sekurang-kurangnya 16 tahun, atau berdepan denda sehingga NZ$2 juta (RM2.5 juta).

Larangan yang dicadangkan ini merujuk kepada dasar di Australia yang berada di barisan hadapan usaha global untuk mengawal selia media sosial.

Setakat ini, tarikh pembentangan usul tersebut masih belum dibuat di Parlimen namun beliau berharap untuk mendapat sokongan majoriti.

Australia meluluskan undang-undang penting pada November yang melarang mereka yang berumur bawah 16 tahun daripada media sosial yang disifat salah satu tindakan paling ketat di dunia terhadap laman media sosial seperti Facebook, Instagram dan X.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker