Dunia
Remaja bawah 16 tahun dilarang buat ‘live’ di Instagram

Remaja bawah 16 tahun tidak lagi dibenarkan membuat siaran langsung (live) di Instagram tanpa kebenaran ibu bapa atau penjaga, menurut pengumuman terbaru syarikat Meta.
Kemaskini ciri keselamatan akaun remaja (Teen Accounts) itu turut menyekat mereka daripada mematikan fungsi kabur automatik dalam mesej peribadi (DM).
Langkah sama akan diperluaskan ke Facebook dan Messenger, dan diuji terlebih dahulu di Amerika Syarikat, UK, Kanada dan Australia.
Meta perkenalkan Teen Accounts sejak September lalu untuk meningkatkan keselamatan pengguna muda dan menyekat akses ciri tertentu, selari dengan usaha global menangani kesan buruk media sosial terhadap kesihatan mental remaja.