Malaysia
Remaja dari UK ditemui di Jalan Pudu, perselisihan faham punca hilangkan diri

Remaja warga United Kingdom, David Balisong, 17, yang dilaporkan hilang sejak tiga bulan lalu akhirnya ditemui selamat di sebuah hotel di Jalan Pudu, Kuala Lumpur.
Siasatan mendapati perselisihan faham dengan keluarga menjadi punca dia meninggalkan rumah di Cheadle, Greater Manchester, pada 6 Jun lalu sebelum menaiki penerbangan seorang diri ke Malaysia.
Setibanya di sini, pelajar cemerlang itu mematikan telefon dan hanya berhubung sekali dengan ibunya melalui e-mel pada 9 Julai, meminta agar keluarganya tidak mencarinya selain memohon maaf atas tindakannya.
Polis Kuala Lumpur mengesahkan remaja berkenaan berada dalam keadaan selamat dan siasatan lanjut sedang dijalankan.