Malaysia
Remaja perempuan 15 tahun hilang di Bachok sejak Selasa

Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dilaporkan hilang dari rumahnya di Kampung Surau Budi, Jalan Tawang, Bachok sejak Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Bachok, DSP Mohd Azrie Sulaiman berkata, Nurul Ain Najihah Tuan Perang kali terakhir dilihat pada malam Isnin sebelum disedari hilang oleh bapanya keesokan pagi.
Remaja itu tidak bersekolah sejak Tingkatan Satu, tidak memiliki telefon bimbit, namun keluar membawa dompet serta kad pengenalan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi IPD Bachok di talian 09-7782222 atau mana-mana balai polis berhampiran.