Malaysia

Remaja tidak tahu diri mengandung, akui bayi tiba-tiba jatuh dalam tandas, dijel sebulan

Seorang remaja perempuan yang tidak mengetahui dirinya hamil dan mendakwa mengandung akibat dirogol dijatuhi hukuman penjara sebulan serta denda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret Sabak Bernam pada Khamis.

Ia selepas dirinya didakwa membuang mayat bayi yang baru dilahirkannya ke dalam mangkuk tandas sebuah stesen minyak.

Tertuduh, Nur Alieya Danisha Muhd. Alif Subramaniam, 18, mengaku bersalah menyembunyikan kelahiran dengan cara membuang mayat bayi tersebut dalam kejadian mengejut pada 23 Mac lalu.

Jika gagal membayar denda, dia bakal berdepan tambahan hukuman penjara selama lima bulan.

Mengikut fakta kes, tertuduh mengalami sakit perut seperti senggugut sebelum tergesa-gesa ke tandas sebuah stesen minyak di Sungai Haji Dorani.

Tanpa disedari, bayi itu dilahirkan secara tiba-tiba dan jatuh ke dalam lubang tandas. Hasil siasatan juga menunjukkan tiada unsur perancangan dan tertuduh tidak melibatkan sesiapa.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker