Malaysia

Rempuh bas yang berhenti di lorong kecemasan, lelaki 21 tahun maut

Seorang penunggang motosikal maut selepas melanggar belakang sebuah bas yang berhenti di lorong kecemasan di KM18.3 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, pada Ahad.

Menurut polis, bas tersebut berhenti akibat masalah enjin sebelum motosikal yang ditunggang lelaki berusia 21 tahun itu datang dari belakang dan merempuhnya.

Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mayat dibawa ke Hospital Kulai untuk bedah siasat, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker