Dunia
Rempuhan di Pesta Sekolah di Nigeria Ragut 35 Nyawa
Sebanyak 35 kanak-kanak maut manakala enam lagi cedera parah dalam insiden rempuhan di sebuah pesta sekolah di bandar Ibadan, Nigeria, pada Rabu.
Jurucakap Polis Negeri Oyo, memaklumkan lapan individu telah ditahan, termasuk penganjur utama acara yang berlangsung di Sekolah Tinggi Islam Basorun. Pesta itu dianjurkan oleh Wings Foundation dan stesen radio Agidigbo FM.
Menurut beliau, bahagian siasatan jenayah negeri kini menjalankan siasatan menyeluruh berhubung insiden tersebut.
Gabenor Negeri Oyo, Seyi Makinde, turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa menerusi kenyataan di media sosial pada Rabu.