Malaysia

Reputasi akademik faktor ramai ibu bapa Melayu hantar anak ke SJKC

Semakin ramai ibu bapa Melayu memilih untuk menghantar anak mereka ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), didorong oleh reputasi akademik yang kukuh, menurut satu kajian oleh Institut ISEAS-Yusof Ishak.

Tinjauan yang melibatkan 929 responden, majoritinya daripada keluarga Melayu kelas pertengahan, mendapati 69 peratus daripada mereka menyatakan prestasi akademik sebagai faktor utama pemilihan sekolah dan bukan ahasa pengantar yang menjadi keutamaan.

Meskipun SJKC hanya menyediakan kemudahan asas, dua pertiga daripada ibu bapa yang terlibat dalam tinjauan tetap memilih sekolah tersebut berbanding sekolah kebangsaan.

Kemasukan murid bukan Cina ke SJKC juga menunjukkan peningkatan ketara, daripada hanya 3 hingga 6 peratus pada era 1990-an kepada hampir 20 peratus menjelang tahun 2020.

Sementara itu, jumlah pelajar Cina di SJKC semakin berkurangan disebabkan perubahan demografi dan pertumbuhan pesat sekolah antarabangsa swasta.

Bagi menyesuaikan diri dengan perubahan ini, banyak sekolah Cina kini menyediakan makanan halal, kelas agama Islam, serta komunikasi dwibahasa bagi memenuhi keperluan pelajar pelbagai latar belakang.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker