Malaysia

RM2,000 sewa 6 bulan untuk mangsa kebakaran Putra Heights

Kerajaan Negeri Selangor bersetuju untuk memberi bantuan sewa rumah sebanyak RM2,000 sebulan selama enam bulan kepada setiap keluarga mangsa kebakaran yang berlaku di Putra Heights.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan, ia bertujuan untuk meringankan beban keluarga yang kehilangan tempat tinggal sementara rumah sedang dibaiki atau dibina semula.

Selain itu, Kerajaan Negeri Selangor juga menyediakan bantuan kewangan kepada pemilik rumah yang musnah sepenuhnya, rumah separa musnah, dan penyewa rumah yang terjejas.

Kerajaan Persekutuan dan Petronas turut bersama-sama dalam memberikan bantuan tersebut.

Beliau turut menekankan bahawa sebanyak 142 rumah telah dibenarkan diduduki semula selepas proses pembersihan, manakala 437 rumah telah dikenalpasti terkesan, dengan anggaran kerugian sebanyak RM65.4 juta.

Selain bantuan kewangan, kerajaan negeri juga akan menyediakan sokongan moral kepada pelajar yang terkesan, termasuk pengangkutan percuma ke sekolah serta bantuan untuk membeli keperluan asas.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker