RMK-13 perlu ada agenda khusus angkat komuniti India – Charles Santiago

Charles Santiago menegaskan sudah tiba masanya kerajaan menggubal agenda khusus dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi menangani masalah kritikal yang membelenggu komuniti India.
Bekas Ahli Parlimen Klang itu berkata, hasil rundingan bersama lebih 200 individu dan 50 organisasi sejak enam bulan lalu, jelas menunjukkan komuniti India memerlukan dasar pembangunan baharu bagi memastikan mereka tidak terus ketinggalan.
Masalah seperti belia tercicir sekolah, terjebak gengsterisme, serta majoriti masyarakat India yang terperangkap dalam pekerjaan bergaji rendah tanpa mobiliti jelas menunjukkan perlunya tindakan segera.
Antara cadangan yang dikemukakan termasuk penubuhan 40 Makmal Komuniti di seluruh negara untuk latihan kemahiran, bantuan guaman, sokongan kesihatan dan ekonomi.
Selain itu, penubuhan Dana Khas India dengan sasaran kutipan RM50 juta menjelang 2026 diharap dapat membantu komuniti ini lebih bersaing dalam ekonomi negara.
Beliau turut menggariskan inisiatif ‘Rebel Builders’ untuk melahirkan usahawan belia India serta ‘ElevateHer’ bagi memperkasa wanita India sebagai pemimpin komuniti.
2:28-3:05 (VID_20250703_120453.mp4)
we finished our last consultation about 2-3 weeks ago, and after that we have put it all together, so I think it was sent to the Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Datuk Nor Azmie Diron last 23rd June. we have already met him earlier, a month or 2 months before that, we explained to him what we are doing, in terms of diff consultation, processes, and so on.and finally when we conclude it, we said okay now we are gonna send it to you and he said yes, ive received it.
SUBTITLE: Kami selesai rundingan terakhir kira-kira 2-3 minggu lalu, kemudian kami himpunkan semuanya dan hantar kepada Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Datuk Nor Azmie Diron pada 23 Jun lepas. Sebenarnya kami sudah jumpa beliau lebih awal, sebulan atau dua bulan sebelum itu, untuk terangkan apa yang kami buat dari segi proses rundingan dan sebagainya. Apabila semuanya siap, kami maklumkan akan hantar kepadanya, dan beliau sahkan sudah menerimanya.
Santiago menegaskan pihaknya sedia bertemu Perdana Menteri bagi menekankan betapa mustahaknya isu ini, demi memastikan komuniti India turut menikmati pembangunan secara adil dan tidak terus terpinggir.