Dunia

Robert Prevost pengganti Pope Francis

Robert Prevost, seorang kardinal berusia 69 tahun dari Chicago telah dipilih pada Khamis sebagai paus baru menjadi rakyat Amerika pertama yang memegang jawatan tertinggi gereja Roman Katolik itu.

Prevost akan menggunakan nama Paus Leo ke-14, menandakan kali pertama nama itu digunakan sejak abad ke-19.

Paus yang baru dipilih itu muncul di balkoni utama Basilika St. Peter untuk menyampaikan ucapan sulungnya sebagai ketua Gereja Roman Katolik.

Pemilihan Prevost mencerminkan latar belakangnya dari Amerika dan hubungan rapatnya dengan Amerika Latin khususnya Peru, tempat dia berkhidmat selama bertahun-tahun sebagai mubaligh sebelum dilantik menjadi uskup agung.

Dilahirkan di Chicago pada 1955, Prevost ditahbiskan sebagai paderi pada 1982 selepas bergiat aktif sebagai pembantu altar ketika muda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker