Uncategorized
Roblox diharamkan di Turkiye semalam

Kuala Lumpur, Ogos 8 – Permainan dalam talian, Roblox diharamkan di Turkiye semalam.
Terdahulu muncul dakwaan parti seksual dianjurkan di dalam Roblox dengan kanak-kanak diberikan mata wang maya Robux untuk menyertainya.
Difahamkan akibat kesukaran menapis kandungan seperti itu Turkiye bertindak mengharamkan Roblox sepenuhnya.
Susulan itu, permainan dalam talian itu, menyebabkan jutaan pemain tidak boleh mengaksesnya di Turkiye.