Robot bunuh diri di Korea Selatan, tekanan di tempat kerja, Netizen mempersoalkan!
Kuala Lumpur, Julai 4 – Satu kejadiaan aneh, mengegarkan Korea Selatan, apabila sebuah Robot bertindak membunuh diri dipercayai akibat tekanan di tempat kerja.
Menurut sumber media Hindustan Times, Majlis Bandaraya Gumi Korea Selatan mengumumkan pada 26 Jun lalu, bahawa robot pegawai tadbir utamanya “mati” selepas cyborg itu kelihatan melompat ke penghujung hayatnya menuruni tangga enam setengah kaki.
Difahamkan, robot itu dipilih sebagai pegawai majlis bandaran pada Ogos tahun lalu dimana ia boleh bergerak antara tingkat dengan sendirinya dengan mengunakan lif dan tangga bangunan di situ.
Susulan itu, rata-rata netizen mempersoalkan kenapa robot nak bunuh diri, dan apakah motifnya di sebalik itu.
Ada juga berkomen berkata, kemungkinan robot itu mempunyai emosi yang dibina dalam sistemnya bagaikan manusia.