Dunia

Rodrigo Duterte tiba di ICC, berdepan tuduhan jenayah kemanusiaan

Bekas Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, tiba di The Hague, Belanda pada Rabu untuk menghadiri perbicaraan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Ia berhubung dakwaan jenayah terhadap kemanusiaan dalam “perang dadah” yang dilancarkannya.

Duterte ditahan di Lapangan Terbang Manila selepas tiba dari Hong Kong sebelum diterbangkan ke The Hague dengan pesawat carter pada Selasa.

Anak perempuannya, Sara Duterte, yang juga Naib Presiden Filipina, turut berlepas bagi membantu pasukan guamannya.

Jika disabitkan kesalahan, Duterte boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup. Mahkamah juga boleh mengarahkan pampasan kepada mangsa.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker