Malaysia

Rompakan bersenjata di parkir pusat beli-belah, mangsa rugi lebih RM430,000

Satu kejadian rompakan bersenjata berlaku di kawasan parkir sebuah pusat beli-belah di Lat Phrao, Bangkok pada Isnin mengakibatkan kerugian kira-kira 3.4 juta baht (lebih RM430,000).

Dalam kejadian itu, tiga mangsa iaitu Piyalab, 35; Rattaphum, 20; dan Satjapoj, 29; pada awalnya bertemu dengan seorang ejen di sebuah kafe dalam pusat beli-belah berkenaan bagi menukar wang tunai tersebut kepada mata wang kripto.

Ejen tersebut hadir bersama empat individu lain dan mengajak mereka meneruskan urusan di dalam sebuah kereta.

Dua mangsa yang masuk dahulu diacukan pisau dan turut melihat suspek bersenjata api. Mangsa ketiga iaitu Satjapoj yang membawa wang kemudian masuk ke kereta, tetapi beg berisi wang dirampas sebelum suspek melarikan diri.

Suspek kemudian memandu kereta bersama tiga mangsa yang terlibat mengelilingi kawasan parkir sebelum melepaskan mereka.

Polis Thailand mengesahkan dua daripada tujuh suspek berjaya ditahan untuk siasatan lanjut, manakala usaha mengesan lima suspek lain masih diteruskan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker