Dunia
Ronaldo ikat dua tahun lagi kontrak bersama Al Nassr

Cristiano Ronaldo kini sah kekal bersama Al Nassr sehingga tahun 2027, sekali gus menamatkan segala spekulasi mengenai masa depannya dalam dunia bola sepak.
Pemain berusia 40 tahun itu disahkan akan terus bersama kelab Arab Saudi tersebut menerusi satu pengumuman rasmi yang dibuat kelab berkenaan.
Sebelum pengumuman itu, Al Nassr sempat memuat naik sebuah video pendek memperlihatkan Ronaldo berjalan di tepi pantai sambil menyatakan kesetiaannya terhadap kelab.
Ronaldo mula menyertai Al Nassr pada awal 2023, yang kemudiannya membuka jalan kepada kemasukan ramai bintang bola sepak ke Liga Pro Saudi yang kebanyakannya dalam fasa akhir kerjaya mereka hasil pelaburan besar kerajaan Arab Saudi dalam sukan tersebut.