Malaysia

RPO kesan akaun palsu pamer wajah, suara Agong guna AI

Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (RPO) mengesan sebuah akaun palsu di Facebook yang menggunakan teknologi AI untuk memaparkan wajah dan suara Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Akaun tersebut didapati menyebarkan video berkaitan tawaran pelaburan yang kononnya menjanjikan keuntungan kepada orang ramai.

RPO menasihatkan orang ramai supaya berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan akaun palsu yang sering menjadi taktik sindiket penipuan di media sosial.

RPO juga mengingatkan bahawa penyamaran dan penyalahgunaan identiti merupakan kesalahan undang-undang, dan tindakan tegas akan diambil terhadap pihak terlibat

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker