Malaysia

Ruang udara Langkawi ditutup sementara bermula hari ini

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengumumkan bahawa ruang udara di sekitar Langkawi akan ditutup sementara bersempena penganjuran Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2025 (LIMA’25) yang dijadual berlangsung pada bulan Mei ini.

Menurut kenyataan rasmi yang dikongsikan menerusi laman media sosial CAAM, penutupan ruang udara ini akan dilaksanakan secara berperingkat bermula hari ini bagi memberi laluan kepada sesi latihan pertunjukan udara.

Bermula 15 Mei hingga 19 Mei, latihan udara akan dijalankan mengikut jadual tetap, iaitu dari jam 8.30 pagi hingga 9.15 pagi dan disambung semula pada jam 12.00 tengah hari sehingga 2.30 petang.

Pertunjukan udara rasmi sempena LIMA’25 pula akan bermula pada 20 Mei dan berlangsung hingga 24 Mei.

Pada 20 Mei, ruang udara akan ditutup dari jam 8.30 pagi hingga 9.15 pagi serta dari 12.00 tengah hari hingga 2.30 petang.

Bagi 21 dan 22 Mei, pertunjukan akan dijalankan dari 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang. Manakala pada 23 dan 24 Mei, dua sesi pertunjukan akan diadakan, masing-masing dari 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari, serta dari 2.30 petang hingga 4.30 petang.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker