Rumah di Taman Sri Muda dimasuki air akibat hujan lebat sejak 2 pagi

Taman Sri Muda menjadi antara kawasan yang teruk terjejas akibat banjir kilat yang berlaku sejak awal pagi Jumaat.
Menurut penduduk, Padmanaban, 63, hujan lebat seawal jam 2.30 pagi tadi mengakibatkan rumahnya dimasuki air dan laluan keluar masuk juga ditutup.
Katanya, masih belum ada tanda yang menunjukkan paras air di kawasan itu menjadi lebih surut kerana huian masih lagi berlarutan sehingga jam 10.30 pagi tadi.
Dia memaklumkan bahawa penduduk di kawasan sekitar itu kini sedang giat mengalihkan barangan penting ke tempat yang lebih tinggi dan selamat dari capaian air banjir.
Malah, sistem siren amaran banjir juga sudah pun berbunyi yang menandakan bahawa keadaan di Bukit Changgang dan Taman Sri Muda agak membimbangkan apabila trend paras air di kedua-dua kawasan itu didapati sedang menaik.